PROGRAM DERMA DARAH PU KUCHING BERSAMA PUSAT TABUNG DARAH HUS SEMPENA HUT TUDM KE-65 TAHUN 2023

DSC 0082 1 DSC 0013 2 DSC 0009 3
DSC 0021 4 DSC 0074 5 DSC 0019 6

 

KUCHING, 7 Jun 23 – Program Derma Darah sempena Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia Ke-65 telah dilaksanakan di Dewan Sri Angkasa, Pangkalan Udara Kuching.

Aktiviti jiwa murni ini merupakan hasil kerjasama antara PU Kuching dan Hospital Umum Sarawak (HUS) dan telah berjaya mengumpulkan sebanyak 115 beg darah yang disumbangkan oleh segenap lapisan pegawai, anggota, staf awam dan BAKAT PU Kuching.

Program telah diakhiri dengan penyampaian cendera kenangan daripada Kol Baharin bin Mohamad TUDM selaku Komander Pangkalan PU Kuching kepada wakil Pusat Tabung Darah HUS.

Acara seperti ini dilaksanakan setiap tahun bagi membantu perkhidmatan transfusi darah pihak HUS disamping mengeratkan lagi hubungan dua hala antara TUDM dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer