PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK AKADEMI TENTERA UDARA

20220415 135808 20220415 135823 20220415 135914
20220415 140021 20220415 140029 20220415 140110

 

IPOH, 15 April 22 - Melalui program infak kali ini, Akademi Tentera Udara telah mengadakan Program Agihan Bubur Lambuk yang telah disampaikan oleh Komandan Akademi Tentera Udara (ATU), Kol Junairi bin Baharom TUDM serta merasmikan pengagihan bubur lambuk kepada warga akademi.

Program agihan bubur lambuk ini adalah anjuran Pejabat Agama Akademi dan dilaksanakan selepas selesai Solat Jumaat bertempat di Surau Al-Hawaiyyah. Pihak ATU sentiasa memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan terus dipatuhi sepanjang proses pengagihan dijalankan.

Pengagihan bubur lambuk ini melibatkan penyertaan seramai 200 jemaah yang terdiri daripada pegawai, anggota, kakitangan awam dan pelatih kursus. Program ini adalah sebahagian aktiviti sepanjang Ramadan di mana semangat kerjasama dan sifat bersedekah dapat dipupuk dalam kalangan anggota.