KUANTAN, 15 Apr 22 – Skuadron 320, Pangkalan Udara Kuantan telah mengadakan Perbarisan Pegawai Memerintah Skuadron 320 yang diadakan di Bangunan TACCOM.
Perbarisan ini terdiri daripada empat (4) Pegawai dan 74 Anggota LLP yang diketuai oleh Mej Raja Mohd Anuar bin Raja Yaacob TUDM. Acara dimulakan dengan Pegawai Memerintah menerima tabik hormat dan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Perwira Di Angkasa.
Dalam upacara ini juga, Pegawai Memerintah, Lt Kol Md Rizam bin Ahmad menyampaikan kupasan Perintah Ulung Panglima Tentera Udara Ke 20 semasa Mesyuarat Pemerintahan Panglima Tentera Udara Siri 1/2022 kepada warga Skuadron 320 terutamanya Tonggak Kedua, Ketiga dan Keenam yang boleh diterapkan dalam pengurusan sumber manusia skuadron. Selesai ucapan, upacara diteruskan dengan bacaan Ikrar Kesatria dan bacaan doa.
Perbarisan dihadiri oleh Ketua Bahagian Operasi, Lt Kol Azlan bin Abu Chek TUDM dan seluruh warga Skuadron 320.