ALOR SETAR, 8 Ogos 23 - Kehangatan Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN N.10 Bukit Pinang yang melibatkan seramai 792 warga Kolej Tentera Udara (KTU) bersama pasangan telah hadir menunaikan tanggungjawab mereka sebagai warganegara Malaysia sepertimana yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Proses mengundi ini bermula seawal 7.30 pagi dengan ditemani pasangan sebelum proses pengundian bermula 8 pagi yang dikawal ketat oleh anggota tentera dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertempat di Dewan Aeroangkasa, Kolej Tentera Udara.
Turut sama menunaikan tanggugjawab sebagai pengundi awal adalah Komandan Kolej Tentera Udara, Brig Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM serta barisan eksekutif Kolej Tentera Udara (KTU).