KINRARA, 8 Ogos 23 - INSMAT TUDM Kinrara dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah selesai menguruskan proses Pengundi Awal pada jam 1400H bertempat di Dewan Prima Tumang, INSMAT. Seramai 97 anggota termasuk pasangan telah melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi calon masing-masing.
Turut hadir untuk menyaksikan proses mengundi awal adalah YBhg Tuan. Mohd Fauzi bin Mohd Yatim, Datuk Bandar Subang Jaya dan YBhg Tuan. Hj. Mohd Zulkurnain Bin Che Ali, Timbalan Datuk Bandar Subang Jaya serta diringi oleh Lt Kol Noor Azlan bin Mohamad Noor TUDM, Pegawai Memerintah INSMAT.