![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 4 Sept 2025 – Pangkalan Udara Subang di bawah kelolaan Pegawai Keselamatan Pangkalan, Mej Sukri bin Sarjeng TUDM serta Base Safety Committee telah berjaya melaksanakan satu latihan Pre- Accident Plan (PAP) Off-Base bagi tahun 2025 bertempat di Kompleks SMS PDRM Shah Alam, Selangor.
Latihan pada kali ini melibatkan pegawai dan anggota dari No 2 Skn, Skn 211 HANDAU, 819 RSAT, Cawangan Bomba, Cawangan Operasi serta unit-unit bantuan yang terlibat. Pada masa yang sama, latihan kali ini turut melibatkan agensi luar seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Airport Fire Rescue Service (AFRS) serta Jabatan Kecemasan dari Hospital Shah Alam.
Tujuan utama latihan ini dilaksanakan adalah untuk memastikan serta menguji kecekapan Pasukan Penyelamat TUDM selain koordinasi kerjasama bersama agensi-agensi penyelamat di daerah Petaling Jaya dalam menyelamatkan mangsa serta pesawat apabila berlakunya pendaratan cemas ataupun terhempas yang melibatkan mangsa yang ramai. Sepanjang latihan ini berlangsung, setiap unit penyelamat TUDM akan dinilai oleh penilai yang telah dilantik bagi memastikan mereka mengikut senarai semak PAP Pangkalan Udara Subang yang telah ditetapkan.
Senario yang dipilih pada tahun ini menggambarkan pesawat Helikopter S-70A-34 Black Hawk yang menjalani penerbangan FCF dari PU Subang ke R302. Penerbangan ini membawa 4 kru termasuk juruterbang. Pesawat telah mengalami Cabin Fire di aras 1000 kaki overhead Stadium Shah Alam. Pesawat tidak dapat dikawal dan melakukan force landing di clear area. Disebabkan itu, juruterbang telah membuat MAYDAY CALL dikawal dan melakukan force landing di kawasan yang berhampiran.
Komander Pangkalan, Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM juga turut hadir sebagai On Scene Commander (OSC) bagi melihat kecekapan pasukan keselamatan PU Subang serta agensi luar ketika melaksanakan tugas menyelamat.
Dalam ucapan penutupnya, Komander Pangkalan menegaskan bahawa latihan seumpama ini amat penting bagi memastikan tahap kesiapsiagaan sentiasa berada pada tahap optimum, khususnya dalam aspek koordinasi antara TUDM dan agensi luar sekiranya berlaku insiden sebenar dalam keadaan cuaca buruk. Latihan ini juga diiktiraf sebagai platform berkesan untuk meningkatkan keberkesanan serta kecekapan operasi menyelamat. Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama serta sokongan semua agensi yang terlibat dalam menjayakan latihan ini.