PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH INSPRA

WhatsApp Image 2022 09 02 at 160256 WhatsApp Image 2022 09 02 at 160256 1 WhatsApp Image 2022 09 02 at 160257
WhatsApp Image 2022 09 02 at 160258 WhatsApp Image 2022 09 02 at 160319

 

KUANTAN, 2 Sep 22 – Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah peringkat INSPRA yang berlangsung di Padang Bola Sepak Sekolah Kawalan Pertahanan Udara (SKPU), INSPRA. Terdapat empat pasukan yang menyertai pertandingan ini yang terdiri daripada Sekolah Kawalan Pertahanan Udara (SKPU), Sekolah Kawalan Trafik Udara (SKTU), Sekolah Bomba dan Menyelamat (SBM) dan Gabungan Sekolah Komunikasi (SKOM) dan Bahagian Bantuan INSPRA.

Komandan INSPRA, Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM diiringi oleh Ketua Jurulatih Latihan, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM telah menyempurnakan majlis penutup yang dimulai dengan gimik penyerahan bola dan seterusnya merasmikan perlawanan akhir di antara Pasukan Sekolah Bomba dan Menyelamat (SBM) dengan Sekolah Kawalan Trafik Udara (SKTU) yang diakhiri dengan sepakan penalti 5-4. Komandan INSPRA turut menzahirkan ucapan tahniah kepada pemenang iaitu SBM (Johan) dan SKTU (Naib Johan).

Komandan INSPRA turut menyampaikan Amanat Panglima Tentera Udara dengan memberi penekanan Tonggak Ke–6 iaitu Kebajikan Sosial dan Kelestarian Warga. Berpandukan kepada tonggak ke-6, dengan menentukan setiap warga diberi masa dan ruang untuk bersukan dan menggunakan kemudahan yang disediakan di dalam pangkalan. Aktiviti sukan seperti ini dapat meningkatkan tahap kesihatan dan menjana semangat kesukanan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelektual dan rohani. Acara ini juga diadakan sebagai satu platform untuk memupuk semangat kerja berpasukan selain mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua staf, jurulatih dan peserta kursus INSPRA.