MAJLIS MAKAN BERADAT WISMA PERWIRA PANGKALAN UDARA KUANTAN TAHUN 2022

 

DSC 5817 DSC 5886 DSC 6024 DSC 6048
DSC 5928 DSC 5931 DSC 5936 DSC_5940.jpg

 

KUANTAN, 3 Sep 22 - Wisma Perwira PU Kuantan telah menganjurkan Majlis Makan Beradat Wisma Perwira Pangkalan Udara Kuantan bagi Tahun 2022 dengan penuh gemilang. Majlis ini diadakan di Cashmere Ballroom, Hotel Zenith , Kuantan.

Majlis Makan Beradat Wisma Perwira ini diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM dan isteri, Datin Nor Asmah binti Hj Hashim; Ketua Staf Markas Wilayah Udara 1, Brig Jen Dato’ Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM dan isteri, Datin Hayati binti Hussin; Komander Pangkalan, Brig Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM dan isteri, Puan Zaity Junaida binti Mohd Zaki; Ketua Pengarah DGTA, Brig Jen Ir. Nordin bin Abdul Ghani TUDM dan isteri, Puan Haliza binti Yahaya serta Pegawai Eksekutif Pangkalan, Kol Zulkefli bin Hj Samsu Hadi TUDM dan isteri, Puan Faesneza binti Mohd Zain.

Dalam majlis ini juga turut meraikan Pegawai-pegawai yang telah bertukar keluar dari PU Kuantan dan Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1) sepanjang tahun 2020 hingga 2022.

President of Mess Committee Wisma Perwira, Lt Kol Mohd Rosli bin Sajidon TUDM dalam ucapannya turut menzahirkan rasa penghargaan atas komitmen yang diberikan oleh semua Ahli Jawatankuasa Wisma Perwira yang bertungkus lumus membuat persiapan dan berharap agar majlis rejimental seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan. Beliau juga menzahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada Pegawai-pegawai yang diraikan dalam majlis ini kerana sanggup meluangkan masa menghadiri majlis.

Majlis Makan Beradat Wisma Perwira ini dianjurkan susulan daripada kebenaran dan pembukaan sektor-sektor yang dibenarkan oleh Pihak Kerajaan setelah Negara memasuki fasa endemik Covid-19.

Turut hadir Komandan INSPRA, Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM, Pegawai-pegawai Memerintah Skuadron, Ketua-ketua Cawangan dan juga warga Wisma Perwira PU Kuantan dan MAWILUD 1.