GONG KEDAK, 2 Jun 23 – MTU-Inspektorat telah melaksanakan Pemeriksaan Audit Tahunan ke atas Pangkalan Udara Gong Kedak bermula 29 Mei hingga 2 Jun 2023.Ketibaan Pengarah Inspektorat, Kol Tan Chee Kee TUDM di pangkalan telah disambut oleh Komander Pangkalan, Kol Mohd Faizal bin Abu Bakar TUDM.
Audit telah dimulakan dengan Taklimat Pra Audit oleh Komander Pangkalan yang telah dihadiri oleh Ketua-ketua Tim Audit dan semua Eksekutif Pangkalan di Bilik Mesyuarat Pangkalan.
Tim audit telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pengauditan ke atas Pengurusan Keselamatan (Safety) dan Keselamatan Penerbangan , Kesiagaan (Readiness) dan Pengurusan (Management) termasuk melakukan pemeriksaan Pengurusan dan Teknikal Ordnan Letupan.
Pemeriksaan ini dilaksanakan bertujuan untuk memastikan tahap keselamatan dan kesiagaan pangkalan sentiasa berada pada tahap tertinggi sepertimana yang telah ditetapkan oleh pucuk pimpinan TUDM seterusnya memastikan kekurangan dan kelemahan di dalam ketiga-tiga kriteria pengauditan dapat dikenalpasti dan tindakan segera diperbetulkan.
Pengarah Inspektorat juga turut berkesempatan untuk melihat sendiri pengoperasian serta segala isu dan cabaran yang dihadapi oleh skuadron dan cawangan-cawangan yang lain.
Pelaksanaan Audit bagi tempoh 2022/23 ini telah di akhiri dengan Taklimat Pasca Audit di bilik mesyuarat Pangkalan pada 02 Jun 23 yang diketuai oleh Lt Kol Azahari selaku PS1 Kesiagaan dari Tim Audit kepada pihak PUGK yang yang dihadiri oleh Komander Pangkalan, Kol Mohd Faizal bin Abu Bakar TUDM bersama barisan eksekutif pangkalan berkenaan teguran dan cadangan bagi penambahbaikan yang boleh diambil di masa hadapan.
Pihak pangkalan mengambil maklum berkenaan semua teguran yang diberikan dan tindakan sewajarnya diambil segera di dalam mengatasi kepada setiap isu yang dibangkitkan.