![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
GONG KEDAK, 2 Jun 23 - Bersempena Hari Ulang Tahun TUDM ke-65, satu khutbah khas telah dibacakan di Masjid Ar-Raudhah, Pangkalan Udara Gong Kedak.
Khutbah Khas bertajuk "Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara" bersempena tema Hari Ulang Tahun TUDM Ke-65 yang disampaikan di mimbar masjid oleh Pegawai Agama Pangkalan, Lt Kol Ahmad Nasri bin Abdul Rahman telah dihadiri oleh Komander Pangkalan, Kol Mohd Faizal bin Abu Bakar TUDM, barisan eksekutif pangkalan serta seluruh warga PU Gong Kedak bersama-sama khairiah kampung sekitar pangkalan.
Dalam khutbah yang disampaikan, ianya menekankan kepada pemantapan keimanan dan keyakinan serta kebergantungan kepada Allah SWT dalam perjuangan. Seterusnya dapat meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam menggunakan senjata dan pengendalian pesawat. Selain itu juga, penggunaan kelengkapan pertahanan yang terbaik seiring dengan perkembangan zaman iaitu senjata canggih dan moden.
Diharapkan intipati khutbah tersebut mampu meningkatkan semangat seluruh warga PU Gong Kedak khususnya dalam melaksanakan fardu kifayah yang telah diamanahkan serta bersemangat bersama-sama berusaha mempertahankan tanah air tercinta. SELAMAT ULANG TAHUN TUDM KE-65. "Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara".