GONG KEDAK, 27 Mei 22 – Inspektorat TUDM telah melaksanakan Pemeriksaan Audit Tahunan ke atas Pangkalan Udara Gong Kedak bermula 23 hingga 27 Mei 2022.
Audit telah dimulakan dengan Taklimat Pra Audit oleh Pegawai Eksekutif Pangkalan, Lt Kol Mazlizan bin Shaikh Osman TUDM yang telah dihadiri oleh Ketua-ketua Tim Audit Inspektorat TUDM dengan kehadiran semua Eksekutif Pangkalan di Bilik Mesyuarat Pangkalan.
Tim audit telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pengauditan ke atas Safety, Readiness dan Management merangkumi pemeriksaan ke atas aset-aset, kelengkapan, inventori, latihan dan pengurusan anggota.
Pemeriksaan ini dilaksanakan bertujuan untuk memastikan tahap keselamatan dan kesiagaan pangkalan sentiasa berada pada tahap tertinggi sepertimana yang telah ditetapkan oleh pucuk pimpinan TUDM seterusnya kekurangan dan kelemahan dapat dikenalpasti dan segera diperbetulkan.
IJTU dan Pengarah Inspektorat TUDM juga turut berkesempatan untuk melihat sendiri pengoperasian aset-aset serta segala isu dan cabaran yang dihadapi skn/cwg. Audit ini juga turut di hadiri oleh Tim BIJ- MATM.
Audit telah diakhiri dengan Taklimat Pasca Audit kepada pihak pangkalan oleh Tim Inspektorat TUDM pada 27 Mei 2022. Seterusnya Komander Pangkalan, Kol Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM telah menyampaikan cenderamata bagi kenangan dan penghargaan kepada Brig Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM, IJTU dan juga kepada Brig Jen Romainor bin Mohamed, Timbalan IJ-MATM.