MEDAN, 27 Mei 22 – Sebagai tanda persahabatan dan kerjasama erat yang terjalin sekian lama diantara dua pasukan dari dua negara Malaysia dan Indonesia, Pejabat Perhubungan TUDM (PP TUDM) telah membuat Kunjungan Hormat ke atas Kolonel Inf Ferry Muzawwad iaitu Komandan KODIM 02/01 Medan. KODIM adalah Markas dari Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Darat yang menjaga keselamatan dan keamanan darat di sesebuah Kota atau Wilayah.
Pegawai Perhubungan TUDM Medan iaitu Mej Hisham Arizal bin Muhammad TUDM telah mengiringi Encik Aiyub bin Omar selaku Konsul Jeneral di Konsulat Jeneral Malaysia Medan yang mengetuai Kunjungan Hormat ini. Turut sama mengiringi Konsul Jeneral adalah Pegawai Perhubungan TLDM.
Kunjungan hormat ini diharap dapat memupuk hubungan silaturahim yang berterusan di antara Konsulat Jeneral Malaysia dan PP TUDM dengan pasukan militeri setempat. Selain itu Pegawai Perhubungan TUDM juga mengambil kesempatan membuat Kunjungan Hormat sempena penugasan baru beliau di PP TUDM Medan. Komandan KODIM telah merakamkan ucapan terima kasih dan amat berbesar hati di atas kunjungan persahabatan dari delegasi Malaysia ini. Beliau berharap kerjasama diantara kedua negara ini dapat diteruskan lagi di masa yang akan datang.