PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI WARAN INSMAT

5 6 7
8 9 10
11 11a 12

 

KINRARA, 12 Jul 24 – Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Waran INSMAT telah berlangsung di antara PW U I Muhammad Soffi bin Rashid dengan PW U II Mohd Shah Ezaini bin Md Sharif.

Acara serah terima tugas yang diadakan di Padang Kawad INSMAT dan telah disaksikan oleh Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Noor Azlan bin Mohamad Noor TUDM serta turut dihadiri oleh Ketua Bahagian.

13 4 3
2 1 14

 

Seluruh warga INSMAT merakamkan ucapan tahniah kepada PW U I Muhammad Soffi bin Rashid atas kenaikan pangkat dan menyandang jawatan PW Markas Pemerintahan Bantuan Udara dan terima kasih kepada beliau di atas khidmat bakti serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di INSMAT TUDM Kinrara. Tahniah juga diucapkan kepada PW U II Mohd Shah Ezaini bin Md Sharif di atas pelantikan sebagai PW INSMAT yang baharu.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer