![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 7 Jan 25 – Markas Tentera Udara – Perkhidmatan telah mengadakan Perbarisan Pengarah Perkhidmatan, Kol Zuhamri bin Mat Daud TUDM bertempat di tingkat 20, Wisma Pertahanan, hari ini.
Perbarisan terdiri daripada 12 pegawai dan 27 anggota LLP yang diketuai oleh Mej Muhammad Faiq bin Mohd Yusoff TUDM, manakala Ajutan Perbarisan adalah Kapt Aidie Faiz Dirdaus bin Razali TUDM dan Pegawai Waran Perbarisan adalah PW II Syarezza Azwan bin Yaacob.
Upacara perbarisan dimulakan dengan mengambil tabik hormat Pengarah Perkhidmatan tabik hormat dan seterusnya pemeriksaan perbarisan. Dalam ucapanNYA, beliau mengingatkan agar setiap pegawai dan anggota LLP bertekad dan beriltizam untuk terus berusaha melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh TUDM dan Cawangan Tadbir. Beliau juga menitik beratkan dan mengingatkan semua berkenaan rasuah.