![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 7 Jan 25 – Pegawai Waran TUDM, PW U I Mohd Rashidi bin Md Tahir buat julung kalinya mempengerusikan Mesyuarat Pegawai Waran Markas Pemerintahan Siri 1/2025 selepas memegang jawatan Pegawai Waran TUDM yang diadakan di Bilik Mesyuarat Nuri, Markas Tentera Udara.
Mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk menyelaraskan dan merancang pembangunan karakter, budaya serta pemantapan sahsiah diri anggota LLP serta menyampaikan amanat daripada Panglima Tentera Udara serta pucuk pimpinan tertinggi TUDM.
Mesyuarat ini turut membincangkan perkara berkaitan pentadbiran anggota, tatatertib serta kebajikan yang melibatkan anggota LLP TUDM. Mesyuarat Pegawai Waran Markas Pemerintahan Siri 1/2025 direncanakan bagi mencapai objektif yang dihasratkan di dalam memperkasakan inisiatif secara berkesan untuk kemajuan organisasi dan memacu TUDM ke landasan yang tepat, serta mencapai visi dan misi yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan tertinggi TUDM berpaksikan Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (RMAF CAP 55).
Turut hadir ke mesyuarat adalah PW U I Khairi Affendi bin Mohd Rosli, PW Istiadat; PW U I Iskandarshah bin Che Rus, PW Markas Tentera Udara; PW U I Mohd Shahril bin Mohd Salleh, PW Markas Pemerintah Operasi Udara; PW U I Azrul Hisyam bin Ab Hamid, PW Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara; PW U I Mohd Soffi bin Rashid, PW Markas Pemerintahan Bantuan Udara; PW U I Abd Rahim bin Abdul Rahman, PW Markas Pasukan Simpanan Udara; PW U I Norzaman bin Salleh, PW Markas Rejimen dan Pegawai Waran Tred, Markas Tentera Udara.