PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH NO 10 SKUADRON, PANGKALAN UDARA KUANTAN

DSC 6475 DSC 6501 DSC 6513
DSC 6541 DSC 6550 DSC 6581

 

KUANTAN, 7 Sep 22 – No 10 Skuadron, Pangkalan Udara Kuantan telah melaksanakan Perbarisan Pegawai Memerintah No 10 Skuadron bertempat di Hangar No 10 Skuadron. Perbarisan ini juga dihadiri oleh Ketua Flait Kejuruteraan, Lt Kol Ir. Mahadhir bin A. Rahman TUDM dan seluruh warga No 10 Skuadron.

Komposisi perbarisan pada hari ini terdiri daripada 5 Pegawai dan 102 Anggota LLP. Ketua Perbarisan, Mej Syahir bin Jaafar TUDM; Ajutan Perbarisan, Kapt Muhammad Fikri Hafiz bin Mohammad Hanafi TUDM; Ketua No 1 Flait, Lt Muhammad Syafiq Afandi bin Shafie TUDM; Ketua No 2 Flait, Kapt Zulfadhli bin Abdul Malik TUDM; Ketua No 3 Flait, Lt Muhammad Nashiruddin bin Zamri TUDM dan Pegawai Waran Perbarisan, PW U II Mohd Fadlizan bin Abu Bakar.

Acara perbarisan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Perwira Di Angkasa seterusnya tabik hormat kepada Pegawai Memerintah No 10 Skuadron serta pemeriksaan perbarisan pada hari ini.

Pegawai Memerintah No 10 Skuadron, Lt Kol Paranjothi Manogharan TUDM dalam ucapannya menekankan kepentingan kompetensi anak kapal dan juruteknik pada tahap tertinggi agar dapat memenuhi keperluan operasi TUDM.