SENDAYAN, 7 SEP 22 - Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), PU Sendayan sedang menganjurkan Kursus Pembantu Pentadbiran Peningkatan Kelas II Siri 14/22, Kursus Pembantu Pertahanan Peningkatan Kelas II Siri 13/22 dan Kursus Pembantu Pentadbiran Kelas I Siri 77/22 yang dimulakan pada 5 Sep 22 dan dijangka tamat pada 30 Dis 22. Kursus-kursus ini melibatkan 119 orang penuntut berpangkat Kpl U dan LU I yang berkhidmat di pelbagai unit.
Majlis perasmian pembukaan kursus telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Johan Wahidi bin Mohd Arip TUDM bertempat di Auditorium Rajawali, MPPLU. Dalam ucapannya, beliau menasihati semua penuntut kursus supaya memanfaatkan sepenuhnya sesi pembelajaran di INSTAR demi meningkatkan kompetensi sebagai anggota Cawangan Tadbir.
Turut hadir dalam majlis ini adalah pegawai-pegawai dan barisan jurulatih INSTAR.