PERBARISAN KOMANDER PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

IMG 6407 IMG 6426 IMG 6422
IMG 6414 IMG 6423 IMG 6409
IMG 6410 IMG 6412 IMG 6425

 

GONG KEDAK, 25 Nov 25 – Perbarisan Komander Pangkalan, Kol Mohd Norazan bin Othman TUDM telah diadakan di Hangar No 12 Skuadron yang terdiri daripada 5 Pegawai dan 105 anggota LLP yang diketuai oleh Mej Abdul Rashid bin Zulkefeli TUDM, Ajutan Perbarisan Kapt Muhd Amirul Khairi bin Mahamud TUDM dan Pegawai Waran Perbarisan PW U I Zulherisa bin Mohd Noor. Perbarisan ini turut dihadiri oleh semua Eksekutif Pangkalan, pegawai-pegawai serta warga Pangkalan Udara Gong Kedak.

Sebaik ketibaan, Komander mengambil tabik hormat dari Ketua Perbarisan dan seterusnya nyanyian lagu Negaraku dan Perwira Di Angkasa. Setelah itu, acara diteruskan dengan pemeriksaan perbarisan dan penyempurnaan Upacara Pemakaian Pangkat kepada seorang Pegawai dan seorang anggota LLP.

IMG 6404 IMG 6403 IMG 6417
IMG 6418 e99ba7ac bc35 4fa1 9519 34456032efa1 IMG 6415

 

Di kemuncak acara, Komander telah mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan. Mukhadimahnya, beliau mengucapkan tahniah kepada mereka yang dinaikkan pangkat. Seterusnya, beliau turut menyatakan penghargaan beliau kepada semua warga PUGK di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang pentadbiran beliau pada tahun 2025 ini. Beliau juga berharap agar momentum prestasi ini dapat dikekalkan bagi menghadapi tahun 2026 kelak.

Perbarisan ini diakhiri dengan bacaan ikrar kesatria dan bacaan doa. Selesai perbarisan, satu sesi dialog antara Komander Pangkalan dan pegawai eksekutif pangkalan bersama anggota LLP telah berlangsung dalam suasana yang mesra dan harmoni. Dalam ucapan beliau, Komander Pangkalan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan, pengorbanan serta dedikasi seluruh warga pangkalan sepanjang tahun 2025 yang telah membawa kepada pelbagai pencapaian membanggakan.

Beliau turut membuka ruang kepada anggota untuk berkongsi pendapat, cadangan dan idea bagi memperkukuh kecemerlangan Pangkalan Udara Gong Kedak pada masa hadapan. Selain itu, Komander Pangkalan menekankan kepentingan mengamalkan keseimbangan kerja dan kehidupan (work-life balance) secara harmoni dan holistik demi menjamin kesejahteraan, keselamatan serta mutu perkhidmatan yang terus cemerlang dalam kalangan warga pangkalan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN