![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 28 Nov 25 – Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brig Jen Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM telah menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Piket Api Siri 1/2025 yang bertempat di Bilik VIP 1 Bangunan Pergerakan Udara.
Kursus Piket Api Siri 1/2025 telah dilaksanakan selama lima hari, bermula 24 hingga 28 November 2025, dan telah disertai seramai 19 orang peserta yang terdiri daripada anggota Skuadron320 dan Terminal Peluru 1. Pasukan Piket Api merupakan pasukan barisan hadapan yang bertindak semasa awal kejadian kebakaran, iaitu sebelum ketibaan Bomba Pangkalan atau pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Kepantasan tindakan awal ini sangat penting untuk mengawal api, menyelamatkan aset, dan mengurangkan risiko kecederaan.
Selain tindakan awal, pasukan Piket Api juga akan terus memberikan bantuan semasa ketibaan pasukan Bomba, memastikan koordinasi operasi berjalan dengan lancar dan berkesan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus ini. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dipraktikkan dengan penuh amanah dan dedikasi.









