PERBARISAN KOMANDAN KOLEJ TENTERA UDARA

DSC 0033 resize DSC 0113 resize DSC 0104 resize
DSC 0126 resize DSC 0129 resize DSC 0144 resize

 

ALOR SETAR, 23 Jun 22 - Kolej Tentera Udara telah mengadakan Perbarisan Komandan KTU yang diadakan di Padang Kawad, KTU. Perbarisan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Perwira Di Angkasa diikuti dengan pemeriksaan perbarisan oleh Komandan Kolej.

Perbarisan pada pagi ini telah diketuai oleh Mej Adam bin Othman TUDM terdiri daripada lima (5) Pegawai dan 168 anggota LLP termasuk pelatih ITAS.

DSC 0159 resize DSC 0170 resize DSC 0180 resize

 

Semasa perbarisan tersebut, Komandan Kolej, Brig Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM turut menyempurnakan pemanakaian pangkat kepada 13 anggota LLP.

Di akhir perbarisan dalam ucapan Komandan, beliau menegaskan kepada semua warga KTU supaya menjaga disiplin dan mengelakkan aktiviti-aktiviti tidak sihat seperti judi online memandangkan jumlah penglibatan anggota ATM dalam siber judi ini berada di tahap yang agak membimbangkan kerana jika ianya tidak dikawal bukan sahaja boleh mendatangkan kesan kepada masalah kewangan dikalangan anggota bahkan boleh mendedahkan perkhidmatan kepada ancaman keselamatan . Selain itu, beliau juga menekankan isu masalah penyalahgunaan dadah di kalangan anggota ATM di mana, kesan penyalahgunaan dadah ini boleh merosakkan diri, keluarga, masyarakat, organisasi, negara dan agama serta anggota juga boleh diberhentikan dari perkhidmatan ATM seperti yang tertera di Direktif Panglima Nombor 5, 5A dan 5B.