SUBANG, 9 Jan 25 – Markas Pemerintahan Operasi Udara telah melaksanakan Perbarisan Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara bertempat di Padang Kawad MPOU yang dihadiri oleh semua pegawai, anggota LLP dan kakitangan awam MPOU. Anggota perbarisan pada pagi ini terdiri daripada empat(4) orang pegawai dan 91 anggota LLP yang diketuai oleh Mej Mohd Za’im bin Bongsu TUDM.
Dalam perbarisan ini juga, Ketua Staf MPOU, Mej Jen Norli Hisham bin Alwi TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada seorang pegawai dan tiga (3) anggota LLP. Pegawai yang dinaikkan pangkat ialah Kapt Abi Zaid bin Abd Latib TUDM telah dinaikkan pangkat ke Mejar TUDM. Manakala anggota LLP yang dinaikkan pangkat pula ialah PW U II Mohd Kabeer bin Kamarudin yang dinaikkan pangkat ke Pemangku Pegawai Waran Udara I, Sjn U Mohd Hafiz bin Ahmad dinaikkan pangkat ke Pemangku Flait Sarjan dan Kpl U (W) Fatin Haryana binti Adnan dinaikkan pangkat ke Pemangku Sarjan Udara.
Seterusnya, Ketua Staf MPOU turut menyempurnakan upacara penyampaian Sijil Penghargaan kepada Sjn U Muhammad Fahrul Nizam bin Ramli dan Kpl U Mohd Ridwan bin Sarafor diatas tindakan pantas dan kecekapan yang dipamerkan dalam mengatasi kejadian kebakaran di bangunan AFOC yang dapat mengelakkan kerugian besar kepada TUDM amnya dan MPOU khususnya.
Ketua Staf MPOU dalam ucapannya merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua warga MPOU dalam menjayakan segala operasi, eksesais dan aktiviti MPOU pada tahun 2024 dengan cemerlang, penuh dedikasi serta komited dengan tugas yang diamanahkan. Semoga pencapaian pada tahun lepas diteruskan lagi pada tahun ini bagi memacu Markas Pemerintahan Operasi Udara sentiasa pada landasannya. Ketua Staf MPOU juga memberi pesanan dan peringatan berkaitan kesalahan penyalahgunaan dadah, racun terkawal, jenayah tubuh badan, judi online dan kesalahan tatatertib.Beliau juga menekankan pentingnya nilai integriti dan disiplin dalam diri setiap anggota.
Di akhir ucapan beliau menasihati semua warga MPOU supaya teruskan berdoa, beramal, bertawakkal serta menanamkan tekad dan iltizam untuk terus meningkatkan keupayaan dan kecemerlangan masing-masing