PERBARISAN BULANAN PEGAWAI WARAN PANGKALAN UDARA KUANTAN

IMG 0497 IMG 0636 IMG 0643
IMG 0963 IMG 1025 IMG 2181
IMG 2323 IMG 2341 IMG 2354

 

KUANTAN, 9 Jan 25 – Bertempat di Dispersal Area Cawangan Kejuruteraan telah berlangsung Perbarisan Bulanan Pegawai Waran Pangkalan, pagi ini. Perbarisan berkomposisi seramai 130 anggota LLP ini diketuai oleh PW U I Mohd Azli bin Ibrahim dari Cawangan Bomba. Perbarisan dimulakan dengan nyanyian lagu Perwira di Angkasa dan diteruskan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pegawai Waran Pangkalan, PW U I Zaizul Azmi bin Othman diiringi oleh ketua perbarisan.

Dalam ucapan Pegawai Waran Pangkalan, beliau menekankan kepatuhan anggota LLP kepada Direktif Panglima Tentera Udara No 5 B iaitu Langkah-langkah Pencegahan Dadah Berbahaya. Beliau mengingatkan kepada semua anggota agar menjauihi segala aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah berbahaya.

Selain itu, pematuhan kepada Direktif Panglima Tentera Udara No 18 iaitu Kesalahan Melibatkan Integriti dan Perikemanusiaan. Perikemanusiaan dalam direktif ini merujuk kepada jenayah tubuh badan iaitu buli dalam kalangan anggota. Hal ini kerana perbuatan buli ini menjejaskan nama baik Tentera Udara Diraja Malaysia dan sekiranya sabitan diperoleh terhadap mana-mana kesalahan sebegini dimana jua peringkat perbicaraan, anggota yang terlibat hendaklah diberhentikan perkhidmatan selaraskan dengan Peraturan-peraturan Angkatan Tentera.

Dikesempatan itu juga beliau turut mengingatkan kepada semua warga LLP Pangkalan Udara Kuantan untuk sentiasa menerapkan sifat hormat menghormati dan mengekalkan budaya regimental agar imej dan keperibadian sebagai anggota tentera sebati di dalam diri anggota.

Perbarisan bulanan merupakan satu acara perjumpaan secara tradisi rejimental untuk menyampaikan amanat pimpinan tertinggi TUDM serta memaklumkan perkara penting yang terkini secara terus kepada anggota.