KUCHING, 17 Jan 23 – Pangkalan Udara Kuching telah melaksanakan Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan bagi pembukaan Tahun 2023. Perbarisan ini merupakan perbarisan pertama kalinya buat Kol Baharin bin Mohamad TUDM selepas mengambil alih tugas sebagai Komander Pangkalan Udara Kuching.
Semasa perbarisan ini, Komander Pangkalan telah menyampaikan amanat beliau kepada seluruh warga pangkalan. Selain itu, beliau turut menyempurnakan pemakaian pangkat kepada pegawai dan anggota LLP serta penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
Pegawai yang dinaikkan pangkat ialah Lt Mohamad Shahadan bin Mohd Azam TUDM, Lt Muhammad Hariz Fahmi bin Zainal TUDM, Lt Nurul Afifah binti Mohamad Nasir TUDM, Lt Anis Fadlin binti Mohd Zahidi, Lt Sethumathavan a/l Gurumoorthy telah dinaikkan pangkat ke Kapten TUDM.
Manakala bagi anggota LLP ialah PW U II Norzaman bin Sapawe dinaikkan pangkat ke Pemangku PW U I, FSjn Mohd Fadzlie bin Zahari, FSjn Wira bin Nordin dan FSjn Roger anak Nigop pula dinaikkan pangkat ke Pemangku PW U II. Sjn U Hafiz bin Al Izmir dinaikkan ke pangkat Pemangku FSjn.
Selain itu, penerima APC adalah Kpl U Mohamed Khairil Anuar bin Anuar Md. Kosnan dan Kpl U Mohamad Ridzuan bin Hashim.
Kol Baharin bin Mohamad TUDM mengucapkan tahniah kepada pegawai dan anggota LLP yang diraikan. Di dalam ucapan beliau, beliau menekankan aspek-aspek penting untuk memantapkan lagi budaya kerja sedia ada dengan mengingatkan kembali kepada lima (5) nilai teras TUDM.