![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 9 Jul 26 – Pangkalan Udara Kuantan telah melaksanakan Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan bertempat di Dispersal Cawangan Kejuruteraan, pagi ini.
Perbarisan berkomposisi 3 flait diketuai oleh Mej Mohd Arif bin Hasan Albakri TUDM dari No 10 Skuadron. Perbarisan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Perwira Di Angkasa. Seterusnya pemeriksaan perbarisan oleh Komander Pangkalan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Dalam perbarisan ini turut diadakan pemakaian pangkat kepada 2 pegawai dan 14 anggota yang disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Kol Baharin bin Mohamad TUDM.
Komander Pangkalan serta seluruh warga pangkalan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pegawai dan anggota yang telah dinaikkan pangkat. Semoga dengan kenaikan pangkat ini dapat menjadi pemangkin semangat kearah kecemerlangan dalam perkhidmatan.





















