PERBARISAN BULANAN KOMANDER PANGKALAN UDARA BUTTERWORTH

1 2 3
4 5 6

 

BUTTERWORTH, 7 Jan 25 - Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan telah diadakan di Hangar ASF, Cawangan Kejuruteraan PU Butterworth yang diketuai oleh Mej Mohd Zahir bin Anuar TUDM.

Dalam perbarisan tersebut, Komander Pangkalan, Brig Jen Khairol Muzambi bin Salehin TUDM telah menyempurnakan upacara pemakaian pangkat bagi Pegawai dan Anggota LLP. Turut berlangsung penyampaian sijil penganugerahan khas oleh Komander Pangkalan kepada anggota yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, iaitu Silver Medal di Seoul International Invention Fairs (SIIF) yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan pada November lepas. Pencapaian ini telah membanggakan pihak tertinggi TUDM dengan melayakkan menerima Anugerah Khas sempena Hari Kecermelangan TUDM yang lepas.

7 8 9
10 11 12

 

Dalam ucapan Komander Pangkalan, beliau mengucapkan tahniah kepada pegawai dan anggota yang baru dinaikkan pangkat semoga memberi semangat dan keyakinan serta tanggungjawab terhadap bidang tugas yang telah diamanahkan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer