PERBARISAN BULANAN KOMANDAN INSPRA

FB IMG 1678427887155 FB IMG 1678427892985 FB IMG 1678427919051
FB IMG 1678427926289 FB IMG 1678427948754 FB IMG 1678427956961
FB IMG 1678427969975 FB IMG 1678427977365 FB IMG 1678427983455

 

KUANTAN, 6 Mac 23 – Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah melaksanakan Perbarisan Komandan INSPRA yang bertempat di Padang Kawad INSPRA.

Perbarisan ini terdiri daripada enam (6) Pegawai dan 182 anggota LLP yang diketuai oleh Mej Muhammad Raffie bin Yatiman TUDM, Ajutan Perbarisan Kapt Chew Kia Seng TUDM, Ketua Flait No 1 Lt M Muhammad Nurhaziq bin Hasri TUDM, Ketua Flait No 2 Lt M Muhammad Saufi bin Saat TUDM, Ketua Flait No 3 Lt M Mohamad Alma Alif bin Anuti TUDM, Ketua Flait No 4 Lt M Muhammad Hakimi bin Mohd Zullkbeli TUDM manakala Pegawai Waran Perbarisan adalah PW U II Muhammad Azwary bin Seman.

Acara dimulakan dengan Komandan INSPRA, Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM mengambil tabik hormat dan seterusnya pemeriksaan perbarisan. Dalam perbarisan ini, turut diadakan majlis serah terima tugas Ketua Sekolah Kawalan Trafik Udara (SKTU) di antara Mej Mohd Shahril bin Mohd Husin TUDM dengan Mej Mohd Hasry bin Azhar TUDM serta serah terima tugas Ketua Sekolah Pertahanan Udara (SKPU) di antara Lt Kol Rozi binti Ismail TUDM dengan Mej Mazura binti Mahamood TUDM sambil disaksikan oleh Komandan INSPRA.

Komandan dan seluruh warga INSPRA mengucapkan terima kasih kepada Lt Kol Rozi binti Ismail TUDM atas khidmat bakti yang dicurahkan semasa berada di institut ini.