PERBARISAN AJUTAN KOLEJ TENTERA UDARA

DSC 0007 resize DSC 0103 resize DSC 0129 resize
DSC 0134 resize DSC 0152 resize DSC 0161 resize
DSC 0162 resize DSC 0163 resize DSC 0165 resize

 

ALOR SETAR, 14 Mac 23 - Perbarisan Ajutan Kolej Tentera Udara telah diadakan bertempat di Padang Kawad, Kolej Tentera Udara. Perbarisan ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Perwira Di Angkasa diikuti dengan pemeriksaan perbarisan oleh Kapt Mohd Izmer bin Ghazali TUDM, Ajutan Kolej Tentera Udara.

Komposisi Perbarisan adalah terdiri daripada 4 orang Pegawai dan 284 orang anggota LLP yang diketuai oleh Kapt Muhammad Syam Khushaini bin Mohd Hishamuddin TUDM dari ILIT sebagai Ketua Perbarisan.

Ajutan Kolej didalam ucapannya telah menyampaikan beberapa peringatan antaranya, pematuhan kepada arahan dan perintah terutamanya melibatkan penyalahgunaan racun terkawal dan bahan psikotropik. Sebagai anggota tentera adalah menjadi kewajipan semua dalam meningkatkan tahap disiplin diri, mematuhi perintah serta mengekalkan budaya regimental yang menjadi perkara asas untuk mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian KTU.

Selain itu, beliau juga telah menekankan amalan tegur-menegur serta hormat-menghormati antara satu sama lain dari segenap warga kerja KTU demi manfaat bersama dalam sebuah kumpulan yang utuh dan jitu.

Pada akhir ucapan, beliau juga telah menyampaikan pesanan khusus kepada warga KTU yang beragama Islam agar bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi dapat diimarahkan dengan sebaiknya.