IPOH, 30 Dis 21 – Majlis Perasmian Tugu Pesawat Pilatus PC-7 telah berlangsung di Padang Kawad A, Akademi Tentera Udara dan disempurnakan oleh Komandan ATU, Kol Baharudin bin Abu Hassan TUDM , Ipoh.
Majlis perasmian ini telah dihadiri oleh kesemua eksekutif, pegawai serta beberapa wakil PTTK ATU yang berkumpul bagi menyaksikan peristiwa bersejarah yang bakal terpahat dalam sejarah akademi.
Pesawat ini telah diambil daripada Kolej Tentera Udara melalui proses serah menyerah pada 18 Nov 21. Kelulusan pelupusan pesawat ini diperoleh daripada Kementerian Pertahanan Malaysia untuk dijadikan monumen binaan kekal di Akademi Tentera Udara pada 16 Sep 21.
Acara perasmian telah diadakan pada tanggal 30 Dis 21 bersamaan 25 Jamadil Awal 1445H jam 11.00 pagi. Tugu Pesawat Pilatus PC-7 ini merupakan mercu tanda terbaru di Akademi Tentera Udara, yang terkenal sebagai salah sebuah pusat perintis bagi melahirkan anggota TUDM yang berwibawa dan berintelektual tinggi dalam merealisasikan misi pucuk pimpinan tertinggi TUDM menjelang tahun 2055.