BANTUAN PEMBERSIHAN PASCA BANJIR DAN SUMBANGAN KEPADA WARGA MPBU TERJEJAS BANJIR

MPBU 1 MPBU 3 MPBU 3A
MPBU 4 MPBU 5

 

30 Dis 21 – Warga Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) secara amnya turut terjejas dengan kejadian banjir yang melanda negara khususnya di negeri Selangor baru-baru ini. Di atas keprihatinan Markas terhadap kebajikan warganya, pihak MPBU telah memberikan bantuan kepada mereka yang terlibat bagi kerja-kerja pembersihan kediaman yang rosak akibat bencana ini.

Selain itu, satu majlis ringkas telah diadakan di Cawangan Tadbir MPBU pada hari ini bagi penyampaian sumbangan dari tabung KSSKA, sumbangan Masjid PU Subang serta kutipan tabung bencana dari seluruh anggota dan pegawai MPBU kepada warga MPBU yang terjejas dengan bencana banjir tersebut.

Penerima yang terlibat adalah Sjn U Mohamad Mesri bin Saadon, Sjn U Mohd Fakrol Hafizi bin Zainudin, Civ Nor Shafiqah binti Saffii, Civ Abdul Ghoni bin Yusof, Civ Nor Azilawati binti Mohd Sharipudin dan pengusaha kantin MPBU iaitu PW U I (B) Mohd Yusof bin Ghazali.

Semoga dengan adanya kerja-kerja pembersihan dan sedikit sumbangan yang telah diberikan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh anggota yang terlibat dengan kejadian banjir.