SUBANG, 22 Apr 22 – Majlis Penyampaian Sumbangan Kebajikan dan Aidilfitri Peringkat Markas Tentera Udara (MTU) telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Sekretariat, Mej Jen Dato’ Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM di Auditorium MUKES, Pangkalan Udara Subang, hari ini.
Seramai 20 anggota yang berkhidmat di Markas Tentera Udara telah menerima sumbangan Aidilfitri dari Tabung Kebajikan TUDM melibatkan anggota, pasangan dan anak-anak warga TUDM yang mengidap sakit kronik serta anak-anak istimewa. Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu dan meringankan sedikit bebanan para penerima khususnya dalam menyambut kedatangan raya nanti. Sumbangan ini juga sebagai tanda keprihatinan organisasi TUDM dalam memelihara aspek kebajikan dan meningkatkan moral anggota.