CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN DAN SUMBANGAN KEBAJIKAN ANGGOTA MTU-KOMLEK

DSC 2294 DSC 2300 DSC 2303 1

 

SHAH ALAM, 21 Apr 22 – Ceramah sempena sambutan Nuzul Al-Quran telah dilaksanakan bertempat di Bilik TCI, MTU-KOMLEK. Ceramah yang berlangsung pada 19 Ramadan 1443H turut dihadiri oleh seramai 75 pegawai dan anggota MTU-KOMLEK.

Ceramah tersebut disampaikan oleh Staf Pejabat Agama Pangkalan Udara Subang, Staf Sjn Mohd Zulhafiz bin Md Muhayadin bertajuk ‘Geledah Surat cinta Rabbi’ menyampaikan mesej penting berkenaan intipati Al-Quran dan perjuangan baginda Rasulullah S.A.W khususnya di dalam bulan Ramadhan.

Mengambil keberkatan Ramadan, MTU-KOMLEK mengambil peluang memberikan sumbangan kebajikan dan juga sumbangan khairat kematian kepada lima (5) orang anggota MTU-KOMLEK. Penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf MTU-KOMLEK, Kol Mohd Hakimi bin Mohd Anuar TUDM kepada penerima sumbangan yang terlibat.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer