KINRARA, 10 Feb 21 - Bahagian Inspektorat TUDM telah mengadakan audit tahunan ke atas INSMAT TUDM Kinrara bermula 8 Feb 21 hingga 10 Feb 21. Pemeriksaan tersebut telah dihadiri oleh Inspektor Jeneral Tentera Udara (IJTU) Brig Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM.
Pemeriksaan ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memastikan tahap keselamatan dan kesiapsiagaan setiap unit sentiasa berada di tahap yang telah ditetapkan oleh pucuk pimpinan tertinggi TUDM agar kekurangan dan kelemahan dapat dikenal pasti dan segera diperbetulkan.
Audit IJTU telah diakhiri dengan Taklimat Pasca Audit pada 10 Feb 21 yang telah disampaikan oleh Tim Inspektorat TUDM kepada pihak INSMAT berkenaan beberapa teguran dan cadangan penambahbaikan yang boleh diambil di masa hadapan.