KUALA LUMPUR, 10 Feb 21 – Mejar Jeneral Ir. Mohamad Razip bin A. Samad TUDM (AKS Kejuruteraan TUDM) hari ini telah melaksanakan satu kunjungan hormat terhadap Ketua Jurutera TLDM iaitu Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung di RMN Chief Engineer Office.
Sepanjang sesi tersebut, subjek perbincangan adalah berkisar mengenai inovasi dan kreativiti yang berimpak tinggi bagi menambahbaik senggaraan aset pertahanan dan memastikan aset berada dalam tahap kesiagaan operasi yang tinggi. Selain itu, AKS Kejuruteraan TUDM turut bertukar pandangan mengenai metodologi senggaraan teknologi semasa yang perlu ditambahbaik secara berterusan bagi memastikan aset ATM sentiasa berkembang seiring dengan perkembangan teknologi yang pesat.
Kunjungan hormat ini adalah julung kali diadakan di antara TUDM dan TLDM. Kunjungan ini juga dirancang akan diteruskan dengan penglibatan Tentera Darat dan agensi-agensi luar yang berkenaan bagi tujuan berkongsi pendapat dan buah fikiran yang mampu membantu meningkatkan martabat dan nama baik perkhidmatan.
Sesungguhnya, kunjungan hormat ini telah membuka ruang dan peluang kepada TUDM dalam menjalinkan kerjasama yang erat bersama Kejuruteraan TLDM dalam meningkatkan keupayaan Kejuruteraan Pertahanan TUDM.