PEMERIKSAAN LANDING GEAR BAGI PESAWAT HAWK TUDM BERSAMA APPH LTD

1 2 3
4 6 7

 

KUANTAN, 17 Julai 2025 – Taklimat penutup bagi program pemeriksaan dan rektifikasi landing gear pesawat Hawk Mk 108/208 TUDM telah diadakan di PU Kuantan, dipengerusikan oleh Ketua Staf Sistem MPBU, Brig Jen Ir Azhar bin Hj Idris TUDM.

Wakil APPH Ltd dan BAE Systems membentangkan dapatan pemeriksaan serta cadangan rektifikasi. Turut serta dalam sesi soal jawab ialah wakil MPBU, Mawilud 1, Tim BOI dan No 6 Skn bagi memperhalusi penyelesaian terbaik.

Program yang bermula pada 8 Julai 2025 melibatkan seramai 4 pegawai dan 17 juruteknik daripada Cawangan Kejuruteraan PU Kuantan dan No 6 Skn. Mereka diberi pendedahan teknikal berkaitan proses membuka dan memasang komponen dalaman landing gear.

Sesi ini mengukuhkan kerjasama strategik TUDM serta memperkasa kesiagaan pesawat Hawk demi keselamatan DAN keupayaan operasi yang berterusan

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN