![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 17 Julai 2025 – Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Junairi bin Baharom TUDM telah hadir ke Mesyuarat Asisten Ketua Staf Tadbir bersama Ketua Cawangan Tadbir Zon Timur bertempat di Bilik Mesyuarat Bangunan Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Kuantan, pagi ini.
Mesyuarat ini menjadi wadah perbincangan antara pihak Markas Tentera Udara bersama pangkalan-pangkalan di zon Timur iaitu PU Kuantan, PU Gong Kedak dan SLTT Bukit Ibam. Pelbagai perkara melibatkan bidang kuasa cawangan tadbir seperti HRMIS, kebajikan dan perubatan telah dibincangkan semasa mesyuarat ini.
Turut hadir dalam mesyuarat ini, Pengarah Institut Perubatan Penerbangan, Brig Jen (Dr) Mohamed Haizar bin Haron; Pengarah Perkhidmatan, Kol Zuhamri bin Mat Daud TUDM; Pengarah Agama MTU, Kol Salahuddin bin Safeie; Pengarah Perundangan, Kol Ahmad Sanusi bin Ali TUDM, dan Provos Marsyal Udara, Kol Yusnizam bin Mohamad Jalil TUDM.