PEMBARISAN KOMANDER JAMCC SEPANG

WhatsApp Image 2024 11 21 at 94639 AM 2 3
4 5

 

SEPANG, 20 Nov 24 – Joint Airspace Management and Coordination Centre (JAMCC) Sepang telah melaksanakan Perbarisan Komander bertempat di hadapan bangunan JAMCC Sepang yang dihadiri oleh semua pegawai dan anggota LLP.

Acara dimulakan dengan penerimaan tabik hormat dan seterusnya pemeriksaan perbarisan oleh Komander JAMCC Sepang, YBhg Brig Jen Ben Khedda Adnan bin Mohd Yusoff TUDM. Turut diadakan semasa perbarisan ialah Penyampaian Sumbangan Kebajikan Bagi Anak Pertama JAMCC Sepang dan Anggota Baru Berkahwin.

Dalam ucapan komander, beliau telah memberi peringatan kepada semua agar menguruskan perbelanjaan dengan berhemah memandangkan sistem baru iaitu SSPA akan dilaksanakan tidak lama lagi yang mana akan melibatkan kenaikan gaji kepada semua peringkat anggota.

Komander juga memberi penekanan agar semua yang hadir mengambil pengajaran daripada Pemeriksaan IG yang lepas agar teguran yang diberi tidak lagi berulang dan ditambahbaik.

Ucapan diakhiri dengan amanat Komander agar seluruh warga JAMCC Sepang menjadikan perkara berkaitan keselamatan sebagai tanggungjawab semua, dan tidak hanya menunggu Pegawai Keselamatan dan AJK sahaja bertindak.

 

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer