PANGKALAN UDARA SUBANG BERSAMA MARKAS PEMERINTAHAN OPERASI UDARA MENYAHUT SERUAN BAGI MELAKSANAKAN LARIAN 10KM

DSC 0633 DSC 0752 DSC 1535
DSC 1818 DSC 1873 SUB 7157

 

SHAH ALAM, 20 Dis 22 - Pangkalan Udara Subang telah menyahut seruan Panglima Tentera Udara dengan menganjurkan Cabaran Larian 10 KM bermula di Padang Kawad Markas Pangkalan PU Subang dan turut disertai oleh Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU).

Seramai kira-kira 1,500 peserta dianggarkan daripada semua lapisan Pegawai dan Anggota PU Subang dan MPOU telah mengambil bahagian dalam acara larian ini yang dirasmikan oleh Ketua Staf MPOU, Brig Jen Dato' Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM dan Komander Pangkalan, Brig Jen Omar bin Hj Dawami.

Sebelum acara larian dimulakan, Pegawai Latih Pangkalan telah memberi taklimat berkaitan laluan dan langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan sepanjang acara dan diteruskan dengan sesi pemanasan. Petugas kesihatan daripada 819 RSAT PU Subang juga dalam keadaan bersiap siaga bagi memberi bantuan kecemasan sekiranya perlu.

DSC 0570 SUB 001

 

Barisan Eksekutif Pangkalan diketuai Komander Pangkalan telah turut serta bersama-sama warga Pangkalan menyertai larian ini yang dianjurkan sebanyak dua (2) kali setahun. Kesemua peserta larian menamatkan acara dalam keadaan baik dan tiada laporan kecederaan sepanjang aktiviti dilaksanakan.

Peserta larian terpantas mengikut kategori bagi "10 KM Challenge Lelaki" Pangkalan Udara Subang adalah seperti berikut:

a. 24tahun ke bawah - 735019 LU I Muhammad Sazli bin Bakti (Cawangan Materiel) Catatan masa: 49 minit 36 saat

b. 25-29tahun - 732192 Kpl U Abdul Rizal bin Abdul Razak (Cawangan Kejuruteraan)
Catatan masa: 41 minit 26 saat

c. 30-34 tahun - 733020 Kpl U Mohd Noor Fazreen bin Noor Abd Azizi (Cawangan Kejuruteraan)
Catatan masa: 46 minit 20 saat

d. 35-39 tahun - 727229 Sjn U Muhd Hafifi bin Mahmud (Cawangan Kejuruteraan)
Catatan masa : 39 minit 51 saat

e. 40-44 tahun - 721803 PW U 1 Maizatul Akmam bin Hasan (No 8 Skn)
Catatan masa: 48 minit 08 saat

f. 45-49 tahun - Mej Ahmad Zahari bin Zakria TUDM (PLTT Angkut)
Catatan masa: 1 jam 15 minit

g. 50-54 tahun - Kol Yusri bin Jamari TUDM (Pegawai Laksana Pangkalan)
Catatan masa : 1 jam 12 minit

Peserta larian terpantas mengikut kategori bagi "10 KM Challenge Wanita" Pangkalan Udara Subang adalah seperti berikut:

a. 24 tahun ke bawah - 5801568 LU Nuraza bt Sening (Cawangan Operasi)
Catatan masa: 1 jam 6 minit

b. 25-29 tahun - 5801594 LU Siti Nursyahira bt Mat Jusoh (No 16 Skn)
Catatan masa : 1 jam 12 minit

c. 30-34 tahun - 5801183 Sjn U Nur Iylia bt Sulaiman (PUSPEKA)
Catatan masa : 1 jam 8 minit

d. 35-39 tahun - Kapt Zunairah bt Ismail (Peg Gaji Pangkalan)
Catatan masa : 1 jam 5 minit

e. 40-44 tahun - Mej Norazlin bt Nakim TUDM (PUSPEKA)
Catatan masa : 1 jam 17 minit

Syabas dan tahniah buat seluruh warga Pangkalan Udara Subang dan Markas Pemerintahan Operasi Udara dan diharapkan penganjuran sebegini akan menjadi acara tahunan bagi melahirkan benteng pertahanan yang sihat dan bertenaga. Warga Pangkalan Udara Subang Cergas Berdisiplin!