MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN MENEMBAK ANTARA PERKHIDMATAN ATM TAHUN 2022

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12

 

Kejohanan Menembak Antara Perkhidmatan ATM Tahun 2022 telah berlangsung selama lima (5) hari bermula dari 13 hingga 17 Dis 22 bertempat di Lapang Sasar Kebangsaan Subang, Selangor. Sepanjang lima hari penganjuran kejohanan ini, sebanyak 15 acara telah dipertandingkan.

Kejohanan pada kali ini telah disertai oleh 31 peserta dari Persatuan Menembak Tentera Darat Malaysia (TDM), 49 peserta dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan 15 peserta dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

13 14 15
16 17 18
19 20 21
23 24 25

 

Majlis penutup yang dirasmikan oleh Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman bin Hj Ayob ini turut dihadiri oleh Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Abu Bakar bin Md Ajis; AKS Operasi dan Strategi, Mej Jen Dato' Hj Saharuddin bin Mansor TUDM; AKS Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan, Mej Jen Dato' Pahlawan Ir Hj Chapiti bin Hj Redzwan; AKS Materiel, Brig Jen Nor Azmi bin Abdul Rahman TUDM serta pegawai-pegawai dan anggota LLP ATM.

Piala pusingan kejohanan menembak antara perkhidmatan ATM Tahun 2022 telah disampaikan oleh Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman bin Hj Ayob kepada pasukan TLDM yang berjaya merangkul johan keseluruhan bagi kategori lelaki dan wanita.

26 27 28
29 30 31
32 35 36

 

Majlis penutup kejohanan menembak diakhiri dengan penyerahan bendera kejohanan sebagai simbolik penganjuran yang akan datang kepada Persatuan Menembak Tentera Darat yang disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Menembak TDM, Brig Jen Abd Wahab bin Geoh dengan Pengerusi Persatuan Menembak TUDM, Kol Hj Mohd Khair bin Shaari TUDM sambil disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Laut.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang dan semua peserta yang menyertai Kejohanan Menembak Antara Perkhidmatan ATM bagi Tahun 2022.