LABUAN, 14 Sep 24 – Pegawai dan anggota LLP dari No 14 Skn dan Cawangan Kejuruteraan, Pangkalan Udara Labuan telah melaksanakan program jiwa murni TUDM Bersama masyarakat komuniti Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Civil Military Cooperation (CIMIC) tahun 2024 berteraskan dasar Teras (4) Civil Military Cooperation (CIMIC) di bawah Pelan Strategi Mindef (PSM) 2021 – 2025. Program yang berlagsung selama satu hari ini dilaksanakan di Madrasah Tahfiz Al-Quran Sri Merinding, WP Labuan.
Program Jiwa Murni gotong-royong ini ini telah melaksanakan aktiviti gotong – royong membaik pulih fasiliti madrasah, mengecat, dan membersihkan kediaman pelajar Madrasah dan Surau. Seramai 10 x Pegawai dan 40 x anggota LLP ini turut disertai oleh seramai 100 orang awam terdiri daripada guru, kakitangan sekolah tahfiz serta para pelajar.
Program ini sebagai inisitif warga pangkalan Udara Labuan membantu dan memberi perkhidmatan sukarela kepada pihak Madrasah untuk membaiki serta mencantikkan kawasan Madrasah bagi mewujudkan suasana yang ceria dan selesa.
Diharapkan supaya Kerjasama sebigini dapat dilaksanakan pada masa akan datang dalam memupuk hubungan baik antara pihak warga pertahanan Bersama komuniti awam khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan.