![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 17 Sep 24 - Pangkalan Udara Subang telah menerima Lawatan Kerja daripada Asisten Ketua Staf (AKS) Kejuruteraan, Mej Jen Dato’ Hishammuddin bin Abdul Rahman TUDM. Lawatan ini bertujuan untuk menyampaikan dasar, polisi, dan arahan baru kepada pegawai serta anggota kejuruteraan di pangkalan.
Dalam lawatan yang diiringi oleh Pengarah Pembangunan, Lt Kol Atan Bakti bin Abdul Malek TUDM, AKS Kejuruteraan berkesempatan berinteraksi dengan anggota di PU Subang. Interaksi ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan antara kepimpinan dan pegawai, sekaligus memberi ruang kepada mereka untuk mengemukakan pandangan dan maklum balas.
Salah satu agenda penting dalam lawatan ini adalah taklimat mengenai perkembangan terkini program Structural Inspection (ST) bagi pesawat C-130H. Pihak Cawangan Kejuruteraan PU Subang telah memberikan penjelasan mendalam mengenai pelaksanaan program tersebut dan pencapaian yang telah diraih setakat ini.
Lawatan ini diakhiri dengan kunjungan hormat ke pejabat Komander PU Subang, Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM. Pertemuan ini bukan sahaja memperkukuh kerjasama tetapi juga memperlihatkan sokongan terhadap inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan di pangkalan.