IPOH, 27 Jan 22 - Pegawai Waran TUDM iaitu PW Udara I Mohamad Lockman bin Abdul Jabar telah mempengerusikan Mesyuarat Pegawai Waran Pangkalan Siri 1/22 bertempat di Bilik Mesyuarat Akademi Tentera Udara, Ipoh, Perak.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua Pegawai Waran Markas dan Pangkalan Udara seluruh Malaysia.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan pelbagai isu yang berkaitan dengan pengurusan serta menyampaikan maklumat atau perintah terkini secara terus kepada anggota bawahan iaitu Kpl ke bawah dan SNCO di setiap Markas serta Pangkalan Udara.
Pegawai Waran TUDM berharap agar pelaksanaan mesyuarat ini akan menjadi forum yang terbaik untuk berinteraksi bersama-sama dalam permuafakatan dan persefahaman di setiap peringkat bagi merangka pelan-pelan tindakan, menilai dan meletakkan hala tuju dan keazaman yang baharu, sekaligus menjana idea baru dan menetapkan hala tuju perkhidmatan TUDM khasnya ATM amnya dalam mendepani cabaran yang mendatang.
Selain itu, Pegawai Waran TUDM juga turut menekankan pembudayaan integriti dan juga pengamalan nilai murni dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan.