MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUP KURSUS INSPRA

1 2
3 4
5 6
7 8

 

KUANTAN, 26 Jan 22 – Pemangku Komandan INSPRA, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup “Air Surveillance Supervisor Course” (ASSC) Siri 78/21, “Air Surveillance Technician Course” (ASTC) Siri 48/21, dan “Fire Safety Technician Course” (FSTC) Siri 28/21 di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat (SBM), INSPRA.

Kursus ASSC dan ASTC telah bermula serentak pada 4 Okt 21 dan berakhir pada 26 Jan 22 manakala FSTC pula telah bermula pada 3 Mei 21 dan berakhir pada 28 Jan 22. Peserta kursus ASSC terdiri daripada 12 anggota PTTR yang berpangkat Koperal Udara, Penuntut kursus ASTC seramai 20 anggota PTTR yang berpangkat Koperal Udara dan Laskar Udara Kanan manakala bagi penuntut FTSC seramai 25 anggota PTTR yang berpangkat Koperal Udara.

Penuntut “Air Surveillance Supervisor Course” (ASSC) Siri 78/21 terbaik keseluruhan disandang oleh Kpl U Mohd Shaiful bin Manshor, penuntut “Air Surveillance Technician Course” (ASTC) Siri 48/21 terbaik keseluruhan disandang oleh LUK Kamarul Ariff bin Kamarul Zaman manakala bagi penuntut “Fire Safety Technician Course” (FSTC) Siri 28/21 terbaik keseluruhan disandang oleh Kpl U Nur Aiman bin Yahya.

Dalam Ucapan Pemangku Komandan INSPRA turut berpesan kepada semua penuntut agar mengamalkan konsep pembelajaran yang berterusan (“Continous Learning”), mengambil inisiatif untuk membaca, bertanya dan berbincang serta sentiasa berfikiran positif terutamanya berkaitan dengan tugas-tugas seharian.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penuntut kursus yang telah berjaya menamatkan kursus.