JUMAAT, 22 Okt 21 – MTU-Perundangan telah menjadi tuan rumah bagi menganjurkan Mesyuarat Ketua Hakim Peguam Siri 1/21 di Kompleks Mahkamah TUDM di Pangkalan Udara Sendayan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Hakim Peguam (KHP). Mesyuarat telah dihadiri oleh warga perundangan di peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH). Turut menghadiri mesyuarat adalah Penasihat serta Timbalan Penasihat Undang-Undang (PUU) KEMENTAH, Pengarah-pengarah Perundangan dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan dan pegawai-pegawai perundangan dari ATM, termasuk Ketua Provos Marsyal (KPM) ATM, Provos Marshal dari ketiga-tiga perkhidmatan dan wakil dari Bahagian Perkhidmatan Anggota Markas ATM.
Selepas selesai mesyuarat, Pengarah Perundangan TUDM, Kol Dr. Norazrin bin Shamsudin TUDM telah mengiringi delegasi bagi sesi lawatan ke Mahkamah TUDM, Pangkalan Udara Sendayan dan Pusat Ekuestrian ATM (MAFEC).
Semasa di MAFEC, delegasi telah ditunjukkan demonstrasi berkuda iaitu sukan ekuestrian Show Jumping oleh para anggota MAFEC. Pengarah Perundangan TUDM merangkap Pengerusi Ekuestrian ATM telah mempamerkan aksi show jumping kepada delegasi. Di akhir lawatan, delegasi telah dijamu makan tengah hari di Wisma Perwira, Pangkalan Udara Sendayan.