MAJLIS TANDATANGAN SIJIL PENYIAPAN PRAKTIKAL (CERTIFICATE OF WORK COMPLETION) BAGI PEROLEHAN PENYEDIAAN TALIAN PERHUBUNGAN DATA RADAR DAN DATA AFTN UNTUK NATIONAL AIR DEFENCE OPERATION CENTRE (NADOC) DAN REGIONAL AIR OPERATION CENTRE 1 (RAOC 1)

DSC 0352 DSC 0357 DSC 0364 DSC 0375
DSC 0382 DSC 0386 DSC 0391 DSC 0392

 

KUANTAN, 22 Okt 21 – Ketua Staf Markas Wilayah Udara 1, Brig Jen Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM telah menerima kunjungan hormat Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Mej Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM.

Seterusnya, Majlis Tandatangan Sijil Penyiapan Praktikal (Certificate Of Work Completion) bagi Perolehan Penyediaan Talian Perhubungan Data Radar dan Data AFTN untuk National Air Defence Operation Centre (NADOC) dan Regional Air Operation Centre 1 (RAOC 1) yang diadakan dalam dua sesi iaitu sesi pertama diantara Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Mej Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM dengan wakil Syarikat Telekom Malaysia manakala sesi kedua pula diantara Ketua Tim FAT RAOC 1, Lt Kol Ahmad Azrul bin Dzulkarnain TUDM dengan wakil Syarikat Telekom Malaysia yang disaksikan oleh Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM bertempat di RAOC 1 MAWILUD 1, Pangkalan Udara Kuantan.

Sijil Penyiapan Praktikal (Certificate Of Work Completion) yang ditandatangani ini adalah daripada kontrak di antara TUDM dan Syarikat TM yang meliputi kerja-kerja menaiktaraf Bilik Operasi RAOC 1, pemasangan sistem videowall, sistem sentry dan juga workstation console di RAOC 1 MAWILUD 1. Kerja-kerja menaiktaraf Bilik Operasi RAOC 1 dan kerja-kerja pemasangan sistem ini telah bermula dari 1 Jun 2021 sehinggalah selesai sepenuhnya. Final Acceptance Test (FAT) bagi sistem di RAOC 1 ini telah berjaya dilaksanakan pada 14 Oktober 2021 dan 15 Oktober 2021. Kesemua system telah didapati beroperasi dengan baik dan mengikuti spesifikasi yang telah ditetapkan dalam kontrak.