MESYUARAT BILATERAL AIR STAFF TALKS SIRI 2/24 DI ANTARA TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA DAN KOKU-JIEITAI JAPAN AIR SELF DEFENCE FORCE (2ND AIR STAFF TALKS RMAF-KOKU-JIEITAI JASDF)

WhatsApp Image 2024 09 03 at 102559 WhatsApp Image 2024 09 03 at 102559 1 WhatsApp Image 2024 09 03 at 102600 1
WhatsApp Image 2024 09 03 at 102600 WhatsApp Image 2024 09 03 at 102600 2 WhatsApp Image 2024 09 03 at 102601
WhatsApp Image 2024 09 03 at 102601 1 WhatsApp Image 2024 09 03 at 102601 2 WhatsApp Image 2024 09 03 at 102602
WhatsApp Image 2024 09 03 at 102602 1 WhatsApp Image 2024 09 03 at 102602 2 WhatsApp Image 2024 09 03 at 102603 1
WhatsApp Image 2024 09 03 at 102603 2 WhatsApp Image 2024 09 03 at 102604 WhatsApp Image 2024 09 03 at 102605 1

 

ICHIGAYA, 29 Ogos 24 – Pengarah Kerjasama Udara dan Doktrin MTU-BOS, Kol Mohmad Safhree bin Sidek TUDM dan Director Defence Plans/Policies and Programs Division JASDF, Col Tomioka Noritmisu telah bersama mempengerusikan Mesyuarat Bilateral Air Staff Talks Siri 2/24 di antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Koku-Jietai Japan Air Self Defence Force (JASDF) pada 26 hingga 29 Ogos 24 di Ichigaya Air Office, Tokyo, Jepun.

Delegasi TUDM yang turut serta dalam mesyuarat tersebut adalah Lt Kol Rosmal bin Abd Malek TUDM, PS1 Kerjasama Udara Alpha MTU-BOS selaku Setiausaha Bersama, Lt Kol Hasniza bin Md Ibrahim TUDM, PS1 Latih MTU-BSM dan Mej Mohd Suhaimi bin Sulong TUDM, PS2 Angkut MPOU-A5 sebagai ahli. Turut serta adalah pegawai ATM dari MALAWAKIL di Tokyo iaitu Mej Norazman bin Yatim TUDM, Penolong Penasihat Pertahanan.

Ini merupakan pertemuan secara bersemuka yang pertama kali diadakan dimana JASDF menjadi tuan rumah. Mesyuarat ini bertujuan memperdalam persefahaman antara JASDF dan TUDM serta menggalakkan kerjasama pertahanan dan pertukaran kepakaran. Antara perkara yang dibincangkan adalah penyediaan Term of Reference (ToR) AST RMAF-JASDF, Pertukaran kepakaran Subject Matter Expert Exchange (SMEE) berkaitan HADR operation, SAR operation, kunjungan/lawatan serta menerokai kursus-kursus yang boleh ditawarkan oleh kedua-dua pihak.

Delegasi TUDM telah berkesempatan mengadakan kunjungan hormat kepada Mej Gen Kubota, Director General, A-5, Air Staff Office JSDF. Delegasi TUDM juga turut dibawa melawat ke Iruma Air Base dimana telah diberi peluang mendengar taklimat 2nd Mobile Aircraft Control & Warning Squadron dan Heli Air Lift Squadron. Delegasi TUDM juga berkesempatan bertemu dan berbincang dengan pihak Japan International Coopration System (JICS) yang menguruskan perolehan inisiatif negara Jepun menerusi Official Security Assistance (OSA) iaitu bantuan kelengkapan peralatan ketenteraan bagi meningkatkan keupayaan keselamatan maritim di bawah National Security Strategy. Melalui perolehan ini TUDM akan diberi rescue boat bagi kegunaan PASKAU.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer