KEM WIRA WAJA BERSAMA PEMIMPIN-PEMIMPIN PELAJAR PERINGKAT NEGERI SEMBILAN DI BAWAH PROGRAM CIVILIAN-MILITARY COOPERATION (CIMIC) TUDM DENGAN KERJASAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN

image0 image2 image3
image5 image6 image7
image8 image9 image10

 

BANDAR SRI SENDAYAN, 29 Ogos 2024 – Program Civilian-Military Cooperation (CIMIC) PU Sendayan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah berjaya diterjemahkan melalui penganjuran bersama Program Wira Waja pada 27 hingga 29 Ogos 24.

Program Wira Waja yang telah dilaksanakan ini dikhususkan kepada pemimpin-pemimpin pelajar dari seluruh sekolah Negeri Sembilan. Seramai 100 pemimpin pelajar pelbagai kaum dari 24 sekolah menengah telah terpilih menyertainya dalam suasana keterujaan menjalani latihan dalam suasana kem tentera.

Inisatif penganjuran program ini adalah untuk mengilap bakat kepimpinan dalam kalangan pemimpin pelajar sekaligus memupuk semangat jati diri dan patriotisme sebagai generasi pelapis masa hadapan negara. Peserta-peserta program telah melalui fasa latihan teori dan praktikal menggunakan kaedah latihan dalam kumpulan yang dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator dari Sel Pembinaan Karektor dan Moral dari Jabatan Arah Pendidikan ATM dengan dibantu oleh pegawai-pegawai AKRAB dari PU Sendayan.

Aktiviti Program Wira Waja yang dilalui peserta menuntut kerjasama team work spirit bersama kumpulannya untuk mengungguli acara-acara yang dipertandingkan sepanjang program dijalankan menerusi Explore Race, Road Relay dan Sukan. Peserta-peserta juga turut diuji dengan kemahiran kepimpinan individu melalui aktiviti merempuh halangan, abseiling dan wall clambing.

Program Wira Waja telah dirasmikan penutupnya oleh Kol Azman bin Taib TUDM, Komander PU Sendayan. Dalam ucapan penutupnya, beliau menzahirkan rasa bangga di atas kerjasama peserta-peserta yang telah berjaya mempamerkan disiplin yang tinggi semasa program berlangsung. Beliau berharap agar disiplin yang tinggi dan semangat juang ini dapat dikuasai sepenuhnya dengan membawa keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang bakal ditempuhi oleh peserta pada tahun hadapan. Turut hadir bersama Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mewakili Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan dan Pegawai-Pegawai Pendidikan Daerah Seremban yang turut sama membantu menjayakan program ini.