MESYUARAT AIR WORKING GROUP (AWG) MALTHAI KE-1013

1 2 3
6 7 8
4 5 9

 

KUALA LUMPUR, 11 Ogos 23 – Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM dan Air Marshal Withaya Tanoi (RTAF), Deputy Chief of the Air Staff (Logistic) selaku Pengerusi Bersama telah mempengerusikan Mesyuarat Air Working Group Malaysia Thailand (AWG MALTHAI) Ke-103 yang berlangsung dari 7 hingga 11 Ogos 23 di Kuala Lumpur.

Mesyuarat AWG ini merupakan platform rasmi kedua-dua pihak bagi membincang dan merancang segala aktiviti dua hala yang merangkumi bidang operasi, bantuan serta latihan di antara TUDM dan RTAF.

Antara manfaat yang diterima oleh TUDM adalah Program pertukaran antara perkhidmatan, aktiviti-aktiviti dua hala, kursus-kursus kerjaya dan eksesais bersama iaitu Air THAMAL. Selain itu, mesyuarat ini juga mampu meningkatkan tahap keserasian, setiakawan dan hubungan kerjasama bagi memastikan hubungan baik sedia ada dipertingkatkan dan keselamatan serantau terus dikekalkan.