Sepanjang pelaksanaan FTX PARADISE 10/23, Pesawat-pesawat pengangkut A400M, C-130H dan CN235 telah melaksanakan pengguguran udara dengan pelbagai muatan. Pengguguran udara merupakan salah satu kaedah penghantaran muatan di kawasan yang sukar untuk disalurkan perkhidmatan logistik. Antara muatan yang boleh digugurkan dari udara adalah merangkumi makanan, perubatan, persenjataan, aset kecil dan sebagainya.
Kepakaran Seksyen Hantaran Udara (SHU) TUDM bersama 10 Kompeni Kor Perkhidmatan Diraja (Para) digunakan dalam memastikan muatan diikat 'rigging' bersama payung kargo agar muatan tidak rosak dan selamat mendarat di Drop Zone (DZ).
Latihan guguran udara kali ini berjaya menggugurkan keseluruhan muatan seberat 10 tan daripada jenis kategori satu (1) pengguguran Heavy Equipment (HE), empat (4) pengguguran Container Delivery System (CDS) dan enam (6) pengguguran Low Cost Low Altitude (LCLA).