BANDAR SRI SENDAYAN, 10 Apr 2021 – Seramai 35 Ahli Jawatankuasa bersama 2 Pegawai BAKAT Pangkalan telah hadir dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa BAKAT PU Sendayan bagi tahun 2021.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Hajah Radziah binti Ismail, Pengerusi BAKAT PU Sendayan telah membincangkan pelaksanaan program-program kebajikan dan aktiviti-aktiviti BAKAT yang akan diadakan sepanjang tahun 2021. Selain dari melakukan aktiviti amal BAKAT, beliau turut menekankan kepada ahli jawatankuasa agar sentiasa memupuk ikatan dan jalinan kerjasama bersama ahli-ahli BAKAT diperkukuhkan demi mencapai matlamat dan keberhasilan program-program yang bakal dilaksanakan nanti.
Mesyuarat yang diadakan di Rumah BAKAT PU Sendayan turut membentangkan cadangan pelaksanaan program-program amal dari Biro-Biro yang dilantik untuk dimasukan dalam takwim BAKAT bagi tahun 2021. Antara program BAKAT yang akan dilaksanakan dalam waktu terdekat ini adalah program penghayatan bulan Ramadhan, kunjungan kasih kepada balu-balu anggota TUDM, gotong-royong Perdana rumah BAKAT, pendididikan anak-anak dan beberapa aktiviti lain.