SUBANG, 10 Dis 24 β Bertempat di Dewan Utama Wisma Bintara Pangkalan Udara Subang telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Wisma Bintara Pangkalan Udara Subang 2024 yang dirasmikan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM.
Ketibaan Komander Pangkalan telah disambut oleh Pegawai Penjaga Wisma,Mej Syaaban bin Zainal Abidin TUDM; Pegawai Penjaga Akaun, Mej Taufik bin Abdul Halim TUDM; dan President Mess Commitee Wisma Bintara, PW U I Mohd Amirizan bin Md Rejab.
Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM dalam ucapannya menzahirkan jutaan terima kasih atas sumbangan Ahli Jawatankuasa sesi 2024 dan beliau juga berharap agar komitmen Warga SNCO sentiasa berada di tahap yang tertinggi dalam menjayakan setiap aktiviti yang dirancang.
Turut diadakan, Serah Terima Tugas jawatan Chairman Mess Committee di antara PW U I Maizatul Akmam Yahya bin Hasan dengan PW U I Shaiful Saparin bin Mohd Isa dan seterusnya memaklumkan pelantikan daripada Komander Pangkalan untuk jawatan Chairman Mess Committee Wisma Bintara kepada PW U I Shaiful Saparin bin Mohd Isa.